Program Gerobok Rezeki Masjid Al-Aminin | 25 Mei 2025
Alhamdulillah, program Gerobok Rezeki Masjid Al-Aminin, Kg. Batang Tiga, Melaka telah berlangsung dengan lancar pada 25 Mei 2025 (Ahad).
Pada petang tersebut, barangan keperluan harian telah diagihkan kepada penduduk kariah yang memerlukan. Program ini merupakan inisiatif berterusan untuk membantu meringankan beban serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti.
Terima kasih kepada semua penyumbang, para sukarelawan dan ahli jawatankuasa masjid yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan dan usaha ini diterima sebagai amal jariah dan diberkati Allah SWT.
"Bersama kita suburkan nilai kasih sayang dan kepedulian dalam masyarakat."