• Main
  • Gallery

Syukur, Gerobok Rezeki Kembali Lagi

Syukur, Gerobok Rezeki Kembali Lagi

Alhamdulillah, program Gerobok Rezeki telah berlangsung sekali lagi pada Ahad, 22 Jun 2025 dalam kariah Masjid al-Aminin, Kg. Batang Tiga, Melaka.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang budiman yang terus istiqamah menyokong usaha murni ini. Jazakumullahu khairan atas setiap butir beras, sepapan telur dan lain-lain keperluan serta dan setiap sen yang dihulurkan. Moga semuanya menjadi pahala yang mengalir tanpa henti.

Kami juga sangat menghargai sambutan hangat daripada ahli kariah Kg. Batang Tiga yang sentiasa menyambut kehadiran kami dengan senyuman dan doa. Kehadiran kalian memberi makna besar kepada setiap langkah kami.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah akan menambah kemuliaan kepada hamba yang bersedekah dan merendah diri.”
— Hadis Riwayat Muslim

Semoga Gerobok Rezeki terus menjadi jambatan kasih antara kita semua. Mari kita terus sebarkan kebaikan.

#GerobokRezeki
#MasjidAlAminin
#KgBatangTigaMelaka
#SebarkanKebaikan
#SedekahMenyucikanHati
#RezekiUntukDikongsi