• Main
  • Gallery

Alhamdulillah, Selesai Ibadah Korban Berkelompok Masjid Al-aminin 1446h

Alhamdulillah, Selesai Ibadah Korban Berkelompok Masjid Al-Aminin 1446H

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, ibadah Korban Berkelompok Masjid Al-Aminin, Kg. Batang Tiga, Melaka telah selamat dilaksanakan pada hari ini, 8 Jun 2025 bersamaan 11 Zulhijah 1446H.

Suasana di perkarangan masjid pagi ini begitu meriah dan harmoni, diserikan dengan semangat gotong-royong seluruh ahli kariah tak kira tua, muda, lelaki dan wanita, semua berganding bahu, menyumbang tenaga dan masa demi menjayakan ibadah yang penuh barakah ini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat, para peserta korban, jawatankuasa masjid, sukarelawan, jiran tetangga dan seluruh ahli kariah yang hadir. Jasa, keikhlasan dan kerjasama anda semua amat kami hargai dan semat dalam ingatan.

Bersama ini dilampirkan video sepanjang program dijalankan, semoga menjadi kenangan indah dan bukti kasih sayang serta perpaduan dalam kariah kita.

Semoga segala pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh dan menjadi asbab keberkatan dalam hidup kita semua. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

“Bersatu Hati, Menyemai Iman – Kariah Diberkati, Ummah Dirahmati”

#Korban2025 #MasjidAlAminin #KgBatangTiga #SyukurAlhamdulillah #IbadahKorban #KariahPrihatin #korban1445H