• Main
  • Gallery

Alhamdulillah, Program Gerobok Rezeki Terus Berjalan Lancar

Alhamdulillah, Program Gerobok Rezeki Terus Berjalan Lancar

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain." (Hadis Riwayat Ahmad)

Pada 15 Jun 2025 (Ahad) semalam, program Gerobok Rezeki telah berjaya diteruskan setelah berehat 2 minggu bagi memberikan laluan kepada persiapan program Korban Berkelompok. Syukur ke hadrat Allah SWT, program ini telah berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada para penyumbang budiman atas keikhlasan dan kemurahan hati dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya sumbangan anda menjadi penyambung harapan buat mereka yang memerlukan.

Tidak dilupakan juga kepada seluruh ahli kariah Masjid al-Aminin yang sudi menerima kehadiran kami dengan tangan terbuka dan penuh mesra. Semoga ukhuwah ini terus mekar dan membawa keberkatan buat semua.

Firman Allah SWT:

"Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki." (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Semoga usaha kecil ini menjadi saham akhirat buat kita semua. Aamiin

#GerobokRezeki
#MasjidAlAminin
#KgBatangTigaMelaka
#KongsiRezeki
#UkhuwwahFillah
#SedekahPembukaRezeki