• Main
  • Gallery

Alhamdulillah, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Sempena Program Bicara Mufti

Alhamdulillah, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak sempena Program Bicara Mufti yang berlangsung di Masjid Al-Aminin, Kg. Batang Tiga, Melaka telah berjaya diadakan dengan penyertaan yang sangat menggalakkan.

Anak-anak kecil tampil dengan kreativiti tersendiri, mewarna dengan keceriaan dan warna-warni. Tahniah kepada semua peserta dan para pemenang.

Terima kasih kepada ibu bapa, jawatankuasa masjid dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

#PertandinganMewarna #masjidalaminin #bicaramufti