Gerobok Rezeki | 20 Julai 2025 Masjid al-Aminin, Kg. Batang Tiga, Melaka
Alhamdulillah, program Gerobok Rezeki diteruskan lagi hari ini, Ahad 20 Julai 2025, dengan penuh rasa syukur dan rendah hati. Terima kasih kepada semua penyumbang budiman yang terus istiqamah menyalurkan rezeki buat mereka yang memerlukan.
Kehadiran dan sambutan hangat daripada ahli kariah Kg. Batang Tiga benar-benar menyentuh hati kami. Semoga segala usaha dan kebaikan ini menjadi bekal berharga di akhirat kelak.
Firman Allah SWT:
“Apa sahaja harta yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 92)
Semoga Gerobok Rezeki terus subur dengan kasih sayang, dan menjadi wadah menyemai keberkatan dalam kariah kita. Aamiin.