Alhamdulillah, Program Halaqah Al-qur’an Sempena Cuti Sekolah



ALHAMDULILLAH, PROGRAM HALAQAH AL-QUR’AN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Alhamdulillah, Program Halaqah Al-Qur’an sempena cuti sekolah telah selesai dilaksanakan pada Ahad, 6 September 2026. Program ini telah disertai oleh 12 orang kanak-kanak dan 2 orang dewasa, dengan bimbingan serta tunjuk ajar daripada 7 orang pembimbing yang begitu komited sepanjang program berlangsung.

Semoga program seperti ini dapat terus dilaksanakan pada cuti-cuti sekolah akan datang sebagai salah satu usaha menyemai kecintaan terhadap Al-Qur’an serta membentuk generasi yang dekat dengan Al-Qur’an.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa atas kerjasama dalam mengurus dan memastikan kehadiran anak-anak. Tidak dilupakan juga kepada 7 orang pembimbing yang telah mencurahkan masa, tenaga dan ilmu dalam membimbing anak-anak.

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi asbab memperoleh keberkatan, rahmat dan ganjaran daripada Allah SWT.

#masjidalaminin #halaqahalquran