• Main
  • News

Alhamdulilah Pada Ahad Lepas 7 September 2025 Kerjasama

Alhamdulilah Pada Ahad Lepas 7 September 2025 Kerjasama

Alhamdulilah...

Pada Ahad lepas, 7 September 2025, kerjasama di antara Sharity dan Masjid Al-Aminin diteruskan untuk kali ke-40. Sejak kelas pertama pada 29 Oktober 2023, inisiatif ini telah berkembang menjadi lebih daripada sekadar kelas bahasa. Ia telah menjadi ruang untuk menyambung dan memperkukuhkan silaturahim di antara kariah dan bukan kariah.

Selaras dengan kepentingannya dalam kehidupan seharian kita, “Time-telling (Membaca jam) masih topik pilihan untuk kelas ini. Dalam masa yang sama, sempena semangat "Hari Malaysia" yang akan datang, topik “Oral Presentation” adalah “Mengapa saya sayang Malaysia”. Pelajar juga digalakkan untuk datang ke kelas dengan berpakaian dalam warna Jalur Gemilang.3 pelajar dengan pakaian paling patriotik diberi cenderahati penghargaan.

Jutaan terima kasih kepada guru-guru sukarelawan, pembantu teknikal dan penyumbang untuk sumbangan, sokongan dan doa anda. Jazakallahu khairan kathira.
Dari Jabir radhiyalllahu ‘anhu, beliau mengatakan, “Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:
“Barangsiapa ada diantara kalian yang mampu untuk memberi manfaat pada orang lain hendaknya ia lakukan“. [HR Muslim no: 2119]

#masjidalaminin