• Main
  • News

Alhamdulillah Kebersamaan Dalam Tujuan Dan Semangat Telah Menyatukan

Alhamdulillah Kebersamaan Dalam Tujuan Dan Semangat Telah Menyatukan

Alhamdulillah...

Kebersamaan dalam tujuan dan semangat telah menyatukan Sharity dan Masjid Al-Aminin sekali lagi untuk kelas “English is fun” ke-39 pada 17 Ogos 2025 yang lalu. Di bawah kelolaan Cikgu Mak Yong dan dengan sokongan padu daripada Dr. Hj. Shaharom, Hajah Zabidah, Cikgu Mak Jan, Abang Nazrie dan Abang Neadzam, kami telah mengulangkaji semula topik “Time-telling” dan “Numbers”, 2 topik yang sangat relevan dalam kehidupan seharian pelajar.

Pada masa yang sama, ia adalah selari dengan fokus kami iaitu untuk mendedahkan pelajar kepada “functional language” iaitu bahasa yang digunakan dalam situasi harian seperti ucapan (“Greetings”), adab yang baik (“Good Manners”), Kata sifat (“Adjectives”). Kami berharap agar pelajar kami dapat mengunapakai apa yang dipelajari di dalam kehidupan seharian mereka dengan lebih selesa dan yakin.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada para guru yang berdedikasi dan para penyumbang yang murah hati. Semoga kita semua terus diberi ruang dan peluang untuk mencurah bakti, menyemai ilmu dan membina masa depan yang cemerlang buat pelajar-pelajar terpilih ini.

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan." Al-Ma'idah ayat 2.

#masjidalaminin