• Main
  • News

Alhamdulillah Pada 3 Ogos 2025 Yang Lepas Kami

Alhamdulillah Pada 3 Ogos 2025 Yang Lepas Kami

Alhamdulillah, pada 3 Ogos 2025 yang lepas, kami berkumpul sekali lagi di Masjid Al-Aminin untuk kelas “English is fun” kali ke 37. Kami sangat bertuah kerana kelas kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Puan Hawabi Binti Hashim, salah seorang guru sukarelawan kami. Terima kasih kepada Puan Hawabi kerana sudi berkongsi masa, tenaga, ilmu dan pengalaman berharga beliau dengan kami.

Topik untuk kelas ini adalah "Makanan dan Minuman" manakala untuk segmen “Oral Presentation” /Pembentangan Lisan pelajar diminta berkongsi 3 tabiat buruk mereka dan cara untuk mengubah dan memperbaiki diri mereka. Ini untuk menggalakkan pelajar mengenal pasti kelemahan serta ruang untuk membaiki diri. Tahniah kepada pelajar-pelajar untuk perkongsian yang jujur.

Kepada guru-guru, penyokong, dan penyumbang yang kami kasihi, sumbangan anda-baik dari segi tenaga dan masa berharga anda, sumbangan makanan/minuman, kewangan, atau doa adalah tunjang kelas ini. Terima kasih tak terhingga dari kami.

Jazakallahu khairan kathira.

#masjidalaminin