Alhamdulillah
Kelas “English is Fun” Kembali!
Selepas dua minggu berehat bagi memberi ruang kepada urusan keluarga, kelas “English is Fun” anjuran Sharity dan Masjid Al-Aminin kembali bersiaran di masjid kita tercinta. Haza min fadhli Rabbi. Pada 20 Julai 2025, dengan sokongan dan doa semua, kelas ke-36 berjaya dijalankan dengan lancar.
Topik kali ini: "Good Manners" (Adab yang Baik) berpandukan sabda Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya yang terbaik di antara kamu adalah yang paling baik akhlaknya", para pelajar diberi penerangan, latihan bertulis dan kuiz interaktif bagi memupuk nilai adab dalam kehidupan seharian mereka.
Terima kasih yang tidak terhingga buat:
✅ Teacher Mak Yong @Zalina
✅ Teacher Mak Jan @Zanaria
✅ Teacher Ilham
✅ Dr. Haji Shaharom
✅ Hajah Zabidah
atas kesudian berkongsi masa, tenaga, ilmu dan pengalaman yang sangat berharga.
Jutaan terima kasih juga kepada semua yang terus memberi sokongan, sumbangan dan doa untuk kelas ini.
Jazakumullahu khairan kathira.
#EnglishIsFun #MasjidAlAminin #Sharity #KelasBahasaInggeris #AdabDanAkhlak #PendidikanAnakAnak #BelajarSambilBermain #IlmuBerkat #KembaliKeMasjid