Ziarah Kasih Mufti Kerajaan Negeri Melaka
Tarikh: 18 Julai 2025
Lokasi: Kariah Batang Tiga, Melaka
Sempena Program Bicara Mufti, satu inisiatif penuh makna telah dilaksanakan menerusi Program Ziarah Kasih yang melibatkan lawatan ke tiga buah rumah penduduk di sekitar kariah Batang Tiga.
Program ini diketuai oleh Yang Berbahagia SS. Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama kumpulan Gerobok Rezeki Masjid Al-Aminin.
⠀
Ziarah ini bukan sahaja menyampaikan sumbangan keperluan asas, malah menjadi wadah menyantuni masyarakat dengan penuh kasih sayang dan keprihatinan, selari dengan semangat Islam sebagai agama rahmah.
Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan budaya prihatin dan mengukuhkan silaturahim antara institusi agama dan masyarakat setempat.
#ZiarahKasihMuftiMelaka
#BicaraMufti2025
#GerobokRezekiAlAminin
#MuftiMelakaMenyantuniUmmah
#MelakaBeridentitiIslamik