• Main
  • News

Ziarah Kasih Sempena Bicara Mufti Masjid Al Aminin

Ziarah Kasih Sempena Bicara Mufti Masjid Al Aminin

ZIARAH KASIH SEMPENA BICARA MUFTI

Masjid Al-Aminin dengan sukacitanya memaklumkan bahawa satu program khas akan diadakan seperti berikut:

🕌 Program: Ziarah Kasih Sempena Bicara Mufti
🗓️ Tarikh: 18 Julai 2025 (Jumaat)
🕕 Masa: 6.00 – 7.00 petang
👤 Tetamu Khas:
SS. Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil
(Mufti Kerajaan Negeri Melaka)

Program ini akan melibatkan lawatan ke tiga buah rumah oleh rombongan khas yang diketuai oleh SS Datuk Wira, bersama pasukan Gerobok Rezeki Masjid Al-Aminin. Inisiatif ini bertujuan menyantuni ahli kariah yang memerlukan serta menyebarkan nilai kasih sayang dan kebersamaan dalam masyarakat.

Firman Allah SWT:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan." (Surah al-Ma’idah: 2)

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab besar untuk meraih redha Allah SWT serta memperkukuhkan hubungan silaturrahim dalam kalangan komuniti setempat.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

#ZiarahKasih #BicaraMufti #MasjidAlAminin #GerobokRezeki #MuftiMelaka #KhidmatMasyarakat #BersamaKitaPeduli