Program Gerobok Rezeki Masjid Al-Aminin | 28 September 2025
Alhamdulillah, pada hari ini (Ahad, 28 September 2025), Masjid Al-Aminin, Kg. Batang Tiga, Melaka sekali lagi meneruskan inisiatif Gerobok Rezeki dengan mengagihkan sumbangan barangan keperluan asas kepada penduduk kariah.
Program ini diadakan sebagai usaha murni untuk membantu mereka yang memerlukan serta memupuk budaya prihatin dalam masyarakat. Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban keluarga penerima.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, sukarelawan serta ahli jawatankuasa masjid yang sentiasa komited menjayakan program ini. Moga Allah SWT melipatgandakan ganjaran dan memberkati rezeki kita semua.
"Barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat." (Hadis Riwayat Muslim)
#GerobokRezeki
#MasjidAlAminin
#KgBatangTiga
#PrihatinKomuniti
#Melaka