Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah, sekali lagi kami diberkati dengan peluang untuk berkongsi nikmat masa dan ilmu dengan kumpulan pelajar terpilih ini. Selaras dengan visinya “Menjadi pusat kecemerlangan dalam pembangunan dan kepedulian ummah”, Masjid Al-Aminin menjadi tempat pertemuan untuk program kemasyarakatan ini.
Walaupun kami berbeza latar belakang, namun tujuan, semangat dan haluan yang sama menyatukan kami. Kesatuan inilah yang menjadi asas kelas “English is Fun” ke-41 (kelas ganti untuk kelas yang sepatutnya diadakan pada Ahad lepas iaitu Ahad Ketiga) yang telah diadakan pada 28 September 2025 yang lalu.
Untuk topik pelajaran minggu ini, kami mengulangkaji topik “Adjectives” atau Kata Sifat. Pelajaran kali ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami apa itu “adjectives”, mengenal pasti “Adjectives” dalam ayat dan menggunakan “Adjectives” asas untuk menggambarkan orang, tempat dan benda.
Sebelum pulang ke rumah, “Reading Session” telah diadakan di mana setiap pelajar diberi buku “Peter and Jane” untuk meningkatkan kemahiran dan kelancaran membaca mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada tunjang kelas ini iaitu guru-guru yang berdedikasi dan para penyumbang yang murah hati. Semoga Allah menerima amal kebajikan anda dan membalasnya dengan ganjaran tertinggi di dunia dan akhirat.
Surat Ali 'Imran Ayat 104 :
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”
#masjidalaminin