Program Hafazan Dewasa Masjid-Masjid Negeri Melaka (PHDMNM) – DUN Klebang
???? Tarikh: 18 Oktober 2025 (Sabtu)
???? Masa: 8.30 pagi – 10.30 pagi
???? Tempat: Bilik Mesyuarat MAA
Alhamdulillah, Program Hafazan Dewasa Masjid-Masjid Negeri Melaka (PHDMNM) bagi DUN Klebang telah berlangsung dengan jayanya. Program ini menjadi wadah untuk mendekatkan masyarakat dengan Al-Quran melalui hafazan dan penghayatan ayat-ayat suci, di samping memupuk semangat cinta terhadap kalam Allah dalam kalangan umat Islam.
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
— (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Semoga usaha ini terus diberkati dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai umat Islam untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup seharian.
#HafazanDewasa #MasjidNegeriMelaka #DUNKlebang #CintaAlQuran #MelakaBerkat