PROGRAM GEROBOK REZEKI MASJID AL-AMININ
Alhamdulillah, Program Gerobok Rezeki Masjid Al-Aminin telah diteruskan pada petang tadi (9 November 2025) sebagai sebahagian daripada rutin mingguan pihak masjid dalam menyantuni penduduk kariah melalui pengagihan sumbangan barangan keperluan makanan asas.
Program ini bertujuan membantu meringankan beban masyarakat setempat di samping memperkukuh hubungan silaturahim antara pihak masjid dan ahli kariah.
Firman Allah SWT:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan."
— Surah al-Mā’idah, ayat 2
Pihak Masjid Al-Aminin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang terus memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan diberkati serta diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.
#GerobokRezeki
#MasjidAlAminin
#BatangTiga
#Melaka
#BerkatBersama
#TanggungjawabUmmah