Alhamdulillah, setelah terhenti seketika kerana komitmen kerja di Kuala Lumpur, kelas “English is Fun” anjuran “Sharity” dan disokong oleh Masjid Al-Aminin kembali ke Masjid Al-Aminin untuk kali ke-43 pada hari Ahad, 9 November 2025 yang lalu.
Seperti biasa, kelas dimulakan dengan ulang kaji topik terdahulu iaitu “Adjectives”, bagi memastikan pelajar dapat membina kefahaman yang kukuh. Seterusnya, topik minggu ini ialah “Transport”/Pengangkutan, di mana para pelajar mengenal pasti pelbagai jenis pengangkutan serta tujuan masing-masing. Pelajar-pelajar turut menjalani ujian ejaan berkaitan kosa kata “Transport” — untuk mengasah ingatan, tumpuan dan keyakinan dalam menggunakan perkataan baru.
Kelas kali ini menjadi lebih bermakna dengan oleh kehadiran guru sukarelawan kami, Dr. Hajah Norashimah Ismail. Dorongan serta kepakaran beliau menjadikan pengalaman pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan. Menambahkan lagi keceriaan, kami turut meraikan sambutan hari lahir tertunda untuk Abang Neadzam @ Ijam yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 6 November 2025. Sanah Helwah, Abang Ijam.
Sebelum kelas melabuhkan tirai, para pelajar menjalani latihan bacaan individu menggunakan buku “Peter and Jane” di bawah seliaan guru-guru.
Kepada para guru dan penyumbang, sokongan anda baik dalam bentuk masa, tenaga, doa atau sedekah yang tidak pernah luntur adalah tunjang utama kelas ini. Semoga Allah menerima kebaikan anda dan membalasnya dengan ganjaran yang melimpah ruah dengan kebaikan di dunia dan di akhirat.
Surat Az Zalzalah ayat 7
"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan) nya."
#masjidalaminin