• Main
  • News

Alhamdulillah Majlis Penyampaian Keputusan Peperiksaan Bagi Ijazah

Alhamdulillah Majlis Penyampaian Keputusan Peperiksaan Bagi  Ijazah

Alhamdulillah majlis penyampaian keputusan peperiksaan bagi Ijazah Watiqah Al-Qur'an oleh ADUN Pantai Kundur, YB.Pn.Tuminah Binti Kadi @ Mohd Hashim pada hari sabtu 14 Disember 2025 di Masjid Al-Aminin, Batang Tiga Timur.

Seramai 80 orang calon telah menduduki peperiksaan pemahaman Bacaan Tajwid Al-Qur'an ke 11 bagi tahun 2025 anjuran Persatuan Pengajian dan Kuliah Asas Membaca Al-Qur'an Negeri Melaka (PERKAMA) di UITM Lendu Melaka pada jam 8 pagi hari Ahad 26 Oktober 2025 yang lepas.

Alhamdulillah bersyukur hasil kegigihan 3 calon daripada program group mengaji setiap hari selepas solat subuh di Masjid Al-Aminin telah berjaya mendapatkan keputusan kepujian, cemerlang dan seorang terpilih sebagai calon terbaik.

Dr Hjh. Norashimah Binti Ismail terpilih sebagai calon terbaik dan mencapai markah 99%, Hjh. Juliah Binti Alimun calon cemerlang mendapat markah 90% dan Hjh. Rojaha Binti Mohd Som calon kepujian mendapat markah 82%.

#masjidalaminin