Alhamdulillah, هٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّيْۗ Hadza min fadhli rabbii, pada 16 November 2025 dan 7 Disember 2025 yang lalu, kumpulan “Sharity” dengan sokongan padu Masjid Al-Aminin berkumpul lagi bersama-sama para pelajar terpilih di Masjid Al-Aminin untuk kelas “English is Fun” kali ke 43 dan 44. Seperti biasa, bagi mengukuhkan pemahaman pelajar, kelas dimulakan dengan sesi ulangkaji topik minggu sebelumnya.
Seterusnya, topik untuk kelas-kelas ini adalah "Transportation” (Pengangkutan) dan “Fables” ( Kisah Dongeng). Untuk latihan lisan dan bertulis, para pelajar diminta menyenaraikan “Do’s and Don’ts” ketika menaiki kenderaan berdasarkan video yang ditayangkan. Latihan ini bertujuan mengingatkan mereka tentang adab dan etika ketika menggunakan pengangkutan.
Manakala untuk topik “Fables”, matlamatnya adalah untuk menekankan dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar berdasarkan pengajaran daripada cerita “The Hare and Tortoise”. Selain itu, mereka turut diperkenalkan dengan perkataan-perkataan baru yang berkaitan dengan cerita tersebut.
Kepada guru-guru, penyokong dan penyumbang yang kami kasihi, sumbangan setiap seorang dari anda-baik dari segi tenaga, masa berharga, sumbangan makanan/minuman, kewangan, atau doa adalah tunjang kelas ini. Kelas ke 43 menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Puan Hawabi, guru sukarelawan kami yang dedikasi. Terima kasih tak terhingga dari kami. Jazakallahu khairan kathira.
Daripada Abu Darda, dia mendengar Nabi SAW bersabda: “Carilah keredhaan aku dengan berbuat baik kepada orang yang lemah di kalangan kamu kerana sesungguhnya kamu diberi rezeki dan pertolongan disebabkan orang-orang yang lemah di kalangan kamu”. HR Abu Dawud
#masjidalaminin