Alhamdulillah, selesai dengan jayanya
Program Kuliah Dhuha: Terapi Jiwa Muslimah 2025 – Jom Mengaji Sampai Khatam telah berjaya dilaksanakan pagi tadi, Isnin, 22 Disember 2025 bertempat di Ruang Solat Masjid Al-Aminin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Hjh Misiah bt Hj Anuar (Guru Takmir Melaka) atas bimbingan yang penuh hikmah serta semua muslimah yang hadir memeriahkan majlis dengan penuh keikhlasan dan ketenangan jiwa.
Semoga segala amalan yang dilaksanakan diterima Allah SWT, menjadi asbab ketenangan hati serta menambah kecintaan kita terhadap Al-Quran.
Jumpa lagi dalam program-program pengimarahan masjid yang akan datang, insya-Allah.
#MasjidAlAminin
#KuliahDhuha
#TerapiJiwaMuslimah
#JomMengajiSampaiKhatam
#PengimarahanMasjid
#MuslimahMelaka