• Main
  • News

Program Hafazan Dewasa Masjid-masjid Negeri Melaka (phdmmnm)

Program Hafazan Dewasa Masjid-masjid Negeri Melaka (phdmmnm)

Program Hafazan Dewasa Masjid-Masjid Negeri Melaka (PHDMMNM)

Sabtu | 21 Disember 2025

Alhamdulillah, telah berjaya dilaksanakan Program Hafazan Dewasa Masjid-Masjid Negeri Melaka (PHDMMNM) bagi minggu ke-3, yang juga merupakan kelas terakhir tahun 2025 untuk Siri ke-10.

Program ini menjadi penutup tirai perjalanan hafazan bagi tahun 2025, dengan komitmen dan istiqamah para peserta dewasa yang terus berusaha mendekatkan diri kepada Al-Quran melalui hafazan dan penghayatan ayat-ayat suci.

Semoga segala usaha, masa dan pengorbanan yang dicurahkan diberkati Allah SWT, serta menjadi amal jariah yang berpanjangan. Didoakan agar program ini dapat diteruskan dengan lebih cemerlang pada tahun akan datang.

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.”

#PHDMMNM
#HafazanDewasa
#MasjidMasjidNegeriMelaka
#IstiqamahBersamaAlQuran
#masjidalaminin