Assalamualaikum Wbt.
Assalamualaikum WBT.
Pihak Masjid Al-Aminin dengan penuh hormat menjemput seluruh ahli kariah serta masyarakat setempat untuk hadir ke Majlis Kenduri Arwah Perdana yang akan diadakan pada 1 Februari 2026 (Ahad), selepas Solat Maghrib, bertempat di Masjid Al-Aminin, Kg. Batang Tiga, Melaka. Semua dijemput hadir bagi sama-sama mengimarahkan majlis ini.
Majlis ini bertujuan untuk kita bersama-sama membaca tahlil dan mendoakan para arwah agar dicucuri rahmat serta keampunan Allah SWT. Firman Allah SWT:
“Dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata: Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami.” (Surah Al-Hashr: 10).
Sumbangan kenduri boleh disalurkan melalui akaun Maybank 554129538365 dengan rujukan Kenduri Arwah Perdana. Semoga kehadiran dan sumbangan tuan/puan menjadi amal jariah serta diberkati Allah SWT. Marilah kita bersama-sama merebut peluang berbuat kebaikan dan memperkukuhkan ukhuwah sesama umat Islam.
#masjidalaminin #kenduriarwahperdana
