Program Pembelian Pakaian Hari Raya Aidilfitri Untuk Anak-anak
PROGRAM PEMBELIAN PAKAIAN HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK ANAK-ANAK YATIM
Alhamdulillah
Program pembelian pakaian Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak yatim dalam kariah Batang Tiga Timur telah berjaya dilaksanakan pada hari ini bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang di salah sebuah kedai pakaian.
Program ini bertujuan memberi kegembiraan dan persiapan kepada anak-anak yatim untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba.
Wajah ceria dan senyuman mereka ketika memilih pakaian menjadi tanda kegembiraan yang tidak ternilai. Semoga sumbangan yang diberikan dapat menceriakan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka pada tahun ini.
Pihak Masjid Al-Aminin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para penginfak serta individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini.
Semoga segala sumbangan dan kebaikan yang diberikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Mudah-mudahan usaha kecil ini menjadi asbab kebahagiaan buat anak-anak yatim serta keberkatan kepada kita semua.
#programanakyatim
#masjidalaminin
#ramadankareem
