Jemputan Ke Majlis Kesyukuran


Jemputan Ke Majlis Kesyukuran

JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, pihak Masjid Al-Aminin menjemput seluruh kariah untuk menghadiri:

Majlis Kesyukuran Jemaah Haji & Pelajar Cemerlang SPM 2026

Tarikh: 9 April 2026 (Khamis)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Masjid Al-Aminin

Antara pengisian menarik:

✅ Solat Maghrib berjemaah
✅ Bacaan Yaasin & Doa Kesyukuran
✅ Serahan sumbangan kepada Jemaah Haji
✅ Serahan sumbangan kepada Pelajar Cemerlang SPM
✅ Solat Isyak berjemaah
✅ Jamuan

Majlis ini sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan serta penghargaan kepada jemaah haji dan anak-anak kariah yang berjaya dalam SPM.

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Semoga kehadiran kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.

#MasjidAlAminin #MajlisKesyukuran #SPMCemerlang #JemaahHaji #ProgramMasjid