Alhamdulillah, Telah Berlangsungnya Aktiviti Bulanan Helwa Iaitu Kuliah


Alhamdulillah, Telah Berlangsungnya Aktiviti Bulanan Helwa Iaitu Kuliah

Alhamdulillah, telah berlangsungnya aktiviti bulanan HELWA iaitu Kuliah Dhuha Terapi Jiwa Muslimah pada pagi tadi, Isnin, 4 Mei 2026 bermula jam 8.30 pagi.

Program ini menjadi wadah pengisian rohani dan santapan jiwa buat para muslimah dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT serta memperkukuhkan ukhuwah sesama peserta.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan memberi manfaat serta menjadi asbab ketenangan hati dan kekuatan jiwa dalam menjalani kehidupan seharian.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga program seperti ini terus diberkati dan dapat diteruskan pada masa akan datang.

#HELWA #KuliahDhuha #TerapiJiwaMuslimah #PengisianRohani #MuslimahBerilmu