Alhamdulillah, Syukur Ke Hadrat Allah Swt. Seramai 7


Alhamdulillah, Syukur Ke Hadrat Allah Swt. Seramai 7

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Seramai 7 orang jemaah yang mengikuti program mengaji selepas Subuh di Masjid Al-Aminin telah berjaya lulus dan menerima Sijil Tauliah Mengajar Al-Qur’an.

Majlis penyampaian sijil tauliah telah disempurnakan oleh Timbalan Mufti Melaka di Puteri Bay Hotel pada pagi tadi.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima tauliah. Semoga ilmu yang diperoleh terus dimanfaatkan dan menjadi asbab penyebaran bacaan Al-Qur’an yang betul serta melahirkan lebih ramai pencinta Al-Qur’an dalam masyarakat.

Semoga Masjid Al-Aminin terus menjadi pusat pengimarahan ilmu dan dakwah buat seluruh kariah.

#MasjidAlAminin
#MengajiSelepasSubuh
#TauliahMengajarAlQuran
#Melaka