Alhamdulillah, Program Korban Berkelompok Anjuran Masjid Al-aminin Telah
Alhamdulillah, Program Korban Berkelompok anjuran Masjid Al-Aminin telah selamat dilaksanakan pada 28 Mei 2026 yang lalu dengan penuh lancar dan suasana ukhwah yang cukup bermakna.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta korban yang telah menunaikan ibadah korban pada tahun ini. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda.
Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga kepada seluruh ahli kariah, para sukarelawan dan semua yang bergotong-royong dalam melaksanakan proses penyembelihan, melapah, mengagihkan daging korban serta memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar dan teratur.
Semoga semangat kerjasama, kebersamaan dan ukhuwah yang terjalin ini terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan dengan sebaik-baik ganjaran.
#ProgramKorbanBerkelompok2026
#MasjidAlAminin
#IbadahKorban
#GotongRoyong
#UkhwahFillah
