Program Menyantuni Anak Yatim
PROGRAM MENYANTUNI ANAK YATIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan segala hormatnya, Masjid Al-Aminin, Kg. Batang Tiga, Melaka menjemput seluruh ahli kariah untuk hadir memeriahkan Program Menyantuni Anak Yatim Sempena 10 Muharam 1448H yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
???? Tarikh: 25 Jun 2026 (Khamis)
????️ Masa: Selepas Solat Maghrib
???? Tempat: Masjid Al-Aminin, Kg. Batang Tiga, Melaka
Atur Cara Program
• Solat Maghrib berjemaah
• Bacaan Yaasin dan Tahlil
• Program Menyantuni Anak Yatim
• Solat Isyak berjemaah
• Jamuan
Sempena bulan Muharam yang penuh keberkatan ini, para jemaah dan ahli kariah dialu-alukan untuk bersama-sama menyantuni anak-anak yatim dengan membawa hadiah, manisan atau sumbangan ikhlas sebagai tanda kasih sayang dan keprihatinan.
Para hadirin juga digalakkan untuk mengambil peluang mengeratkan silaturahim dengan mengusap kepala anak-anak yatim serta memberikan kata-kata semangat dan doa yang baik kepada mereka, sebagai amalan mulia yang dapat menyemai rasa kasih, kegembiraan dan kebahagiaan dalam hati mereka.
Marilah kita bersama-sama menghulurkan kasih, menyantuni mereka dan berkongsi keberkatan Muharam dengan anak-anak yatim.
"Bersama kita hulurkan kasih, santuni mereka, bahagiakan hati."
Semua ahli kariah dijemput hadir.
#masjidalaminin #awalmuharram #anakyatim #10muharram
