Alhamdulillah, Helwa Berpeluang Menghadiri Seminar Keganasan Rumah Tangga,
Alhamdulillah, HELWA berpeluang menghadiri Seminar Keganasan Rumah Tangga, yang membincangkan isu keganasan rumah tangga yang semakin membimbangkan dalam masyarakat.
Selesai seminar, wakil HELWA sempat bergambar serta bertukar pandangan dengan ASP Zaliza Nor Kadir, Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah, bersama pegawai-pegawai beliau. Perkongsian dan pandangan yang diberikan amat bermanfaat dalam meningkatkan kefahaman mengenai usaha pencegahan, penguatkuasaan serta peranan masyarakat dalam menangani isu keganasan rumah tangga.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi memperkukuh usaha membina keluarga yang harmoni, selamat dan sejahtera.
#HELWA #SeminarKeganasanRumahTangga #KesedaranMasyarakat #KeluargaSejahtera
