Program Hafazan Dewasa Masjid-masjid Negeri Melaka (phdmmnm)
PROGRAM HAFAZAN DEWASA MASJID-MASJID NEGERI MELAKA (PHDMMNM)
Alhamdulillah, pada 18 Julai 2026 (Sabtu) telah berlangsung Program Hafazan Dewasa Masjid-Masjid Negeri Melaka (PHDMMNM) bertempat di Bilik Mesyuarat MAA, dari 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.
Program yang diadakan secara dwimingguan, iaitu pada Sabtu minggu pertama dan Sabtu minggu ketiga setiap bulan ini menjadi platform kepada para peserta untuk memperkukuhkan hafazan al-Quran, memperbaiki bacaan serta menghayati kalam Allah SWT dalam suasana yang penuh ilmu dan ukhuwah.
Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha yang dilakukan serta mengurniakan istiqamah kepada semua peserta dalam memelihara dan mengamalkan al-Quran.
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya." (Riwayat al-Bukhari)
#PHDMMNM #HafazanDewasa #AlQuran #MasjidNegeriMelaka #Istiqamah #Ukhuwah
