Alhamdulillah, Program Hafazan Dewasa Masjid-masjid Negeri Melaka (phdmmnm)
Alhamdulillah, Program Hafazan Dewasa Masjid-Masjid Negeri Melaka (PHDMMNM) telah dilaksanakan pada 15 Ogos 2026 (Sabtu minggu ke-3), bertempat di Bilik Mesyuarat MAA, dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Program ini dilaksanakan secara dwimingguan, iaitu pada Sabtu pertama dan Sabtu ketiga setiap bulan, sebagai usaha berterusan untuk membudayakan amalan menghafaz, mengulang dan mendalami al-Quran dalam kalangan masyarakat dewasa.
Semoga program ini terus mendapat keberkatan Allah SWT serta menjadi wadah dalam melahirkan generasi yang dekat dengan al-Quran dan istiqamah dalam mengamalkannya.
#PHDMMNM #ProgramHafazanDewasa #HafazanAlQuran #AlQuran #MasjidNegeriMelaka
