Salam Maulidur Rasul 1448h


Salam Maulidur Rasul 1448h

Salam Maulidur Rasul 1448H

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kecintaan kita kepada Baginda diterjemahkan melalui akhlak yang mulia, ibadah yang istiqamah serta semangat ukhuwah yang erat dalam kehidupan seharian.

Marilah kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan terbaik dalam membina keluarga yang bahagia, masyarakat yang harmoni dan ummah yang bersatu padu.

Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan kepada seluruh umat Islam serta menerima segala amalan kita.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H

Ikhlas daripada
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa
Masjid Al-Aminin