Halaqah Al-quran Sempena Cuti Sekolah
HALAQAH AL-QURAN SEMPENA CUTI SEKOLAH
Biro Pendidikan dan Biro Helwah akan mengadakan Halaqah Al-Quran untuk wanita dan anak-anak kariah bersempena cuti sekolah. Program ini bertujuan mengimarahkan masjid serta menggalakkan penghayatan dan pembelajaran Al-Quran dalam kalangan wanita dan anak-anak kariah.
Program akan berlangsung pada 1 hingga 6 September 2026, bermula 6.00 pagi hingga 8.00 pagi, bertempat di Masjid Al-Aminin, Kg. Batang Tiga, Melaka.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah solat Subuh berjemaah, belajar mengaji, solat Dhuha, sambung mengaji dan bersurai. Marilah bersama-sama mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat serta mendekatkan diri kepada Al-Quran.
Kepada yang berminat, sila hubungi Dr. Hjh. Norhashimah di 019-7115267 atau Ustazah Hjh. Zabidah di 012-7144243.
P/S: Keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa masing-masing.
Ayuh manfaatkan cuti sekolah dengan Al-Quran. Semoga program ini mendapat keberkatan dan menjadi asbab untuk kita terus mencintai, membaca dan menghayati Al-Quran.
#masjidalaminin #halaqahalquran #cutisekolah
